Tuesday, 26 March 2013

kenapa nak sedih ?









Assalamualaikum, salam ukhuwah fillah.

Aku buat post ni atas permintaan orang tersayang. walaupun janji dah lama tapi sekarang baru nak update. maaf ya. hidup aku so far not bad. tapi satu benda yang banyak pressure aku.... SPM ! aku salah seorang calon SPM 2013. korang doakan untuk kecemerlangan aku tau ? semoga Allah memberi ganjaran kepada kamu semula.

aku faham, baru clash, assignment banyak tak siap, masalah kawan, dan macam-macam. sebab tu awak sedih. tapi awak kan kuat ? lagi-lagi perempuan. awak lah yang mengandung, awak yang melahirkan anak, awak jugak yang bakal dimadukan. eh ? the point is, masalah awak bukannya tak boleh diselesaikan.

guys and girls, sedih frust menonggeng cemana pon korang, please jangan cederakan diri. jangan ! ada banyak lagi penyelesaian. awak boleh cerita kat member. tapi kalau dapat member yang agak derhaka, awak boleh cerita kat parents kan ? you can always hope on them. tapi kalau korang rasa tak selesa atau menceritakan masalah tu boleh bawa lebih banyak masalah, awak pergi singgah bilik air. awak bukak pili air, awak niat untuk ambil wudhu'. siap amik wudhu', bentangkan tikar sembahyang dan lakukan solat sunat. mohon kepada Allah untuk kurangkan kesedihan, dilancarkan perjalanan hidup dan jauh dari azab dunia, kubur dan akhirat.

korang pernah tak duduk dalam bilik sorang-sorang lepastu solat dengan penuh khusyuk. lepas solat, berdoa dan masa tengah berdoa, awak teringat dosa yang lepas. awak menyesal. awak tak nak ulang kesalahan tu. awak takut. takut sangat sampaikan air mata mengalir. penuh kekesalan. Allah suka bila kita mengadu. in fact, Allah bagi ujian sebab rindu dengan rintihan kita. betapa sayangnya Allah dengan makhluknya. tapi kita membalas dengan cara yang salah. ada masalah lepastu toreh tangan. " i'm enjoying the pain ". itu lah yang dia cakap.

awak awak semua, andai kata cara awak melepaskan pedih di hati ialah dengan menzahirkannya di badan awak, please stop. jangan jadikan badan awak sebagai galeri parut. satu hari nanti, awak akan sedar dan awak akan menyesal. penyesalan yang akan membuatkan awak menangis setiap kali awak berdoa kepada Nya untuk memohon keampunan.kalau awak betul-betul buntu dan tak ada cara nak buang perasaan sedih itu, awak boleh cuba menyanyi, jamming atau bagitahu masalah dekat strangers. perangai aku dari dulu suka cerita masalah kat orang yang aku tak kenal. aku buat macam tu sebab orang yang aku ceritakan masalah tu takkan judge aku. takkan fikir buruk pasal aku. tapi sekarang aku dah jumpa seseorang yang rajin dengar masalah aku.














" Ya Allah, Engkau ampunkan dosa hambaMu yang sangat banyak. Engkau berikan cahaya hidayah kepada mereka, berikan sinar iman yang sentiasa bersinar tatkala gelap dan terang. "

andai kata awak pernah toreh tangan, hantuk kepala kat dinding, sakitkan badan awak, aku nak bagitahu satu benda. itu bukan penyelesaian terbaik. so put on your best attitude and behave.