Monday, 5 March 2012

Aku sebenarnya hidup susah







Assalamualaikum.

dah lama ya aku tak update. mintak mahap la kengkawan. aku bukak blog cuma aku tak update. alaa.. macam la ada orang yang sudi baca ye dak ?nak tahu sesuatu ?  aku sebenarnya tak suka guna perumpamaan "dah bersawang-sawang belog kesayangan aku ni ". sebab hakikatnya mana ada spider-spider buat sawang kalau lama tak update. no no no no no... kepada kekasih hati, tolong buat jambang macam gambar kat atas tu boleh tak ? suka sangat tengok laki yang ada jambang sikit-sikit. tapi kalau yang macam brader pakistan tu tak mau la. geli woehhh. mesti dorang ada jambang sebab malas nak cukur. bagi aku itu sangat lah ieww-ieww. hari tu masa kat sekolah, time subjek bahasa melayu, cikgu cakap gambar ini ialah bahan rangsangan. masa tu ada lah orang-orang yang terberfikir jauh lalu memikirkan tentang apa yang tak boleh difikirkan. teettt.. haha. * aku pon sama tau * setelah itu aku buat research sikit. aku tengok blog yang ada banyak gambar ni lebih banyak reader and aku pon tak menafikan yang aku lebih cenderung untuk baca blog yang ada banyak gambar dari yang tak letak gambar ni.  so kesimpulannya, aku nak letak lebih banyak gambar dalam setiap entri yang akan datang. 

-----------------------------------------

berbalik kepada topik, sebenarnya aku hidup susah. aku bukan macam budak-budak urban yang macam kawan kelas aku. dulu aku duduk flat. bila ada rezeki lebih ni baru pindah kat klang. duduk rumah teres dua tingkat. dulu ayah aku pakai kereta company. kalau kereta meredes boleh aaa feeling-feeling kaya. aku ingat lagi kereta yang ayah aku pakai dulu ialah kereta kancil warna merah. then ayah beli kereta guna duit sendiri. time tu 2006 tak silap. nak tau tak kereta apa bapak aku beli ?  






nissan sunny 130Y. hmm.. kereta pon model lama, beli pon second-hand. pakai la kereta ni sampai tahun ni. tahun ni ada rezeki lebih, ayah beli kereta baru. lama kan pakai kereta ni ? tapi buruk mana pon kereta ni, dia dah bawak aku merata-rata tempat. satu malaysia aku pusing guna kereta buruk ni. sampai masuk Thailand sebab kereta ni. kereta ni sangat berjasa kat aku. dulu ayah aku pernah cerita masa tengah tengok tv, elektrik kena potong. masa tu aku kecik lagi. ada motor je. tak ada option lain. ayah naik motor pergi bayar bil and aku duduk rumah tak tahu apa-apa kena jaga adik-adik. arrgghhh !! sedih nya bila teringat benda ni. kitaorang susah mana pon ayah tak pernah kedekut bab anak-anak dengan pelajaran. kalau aku nak handphone, ayah aku sanggup pakai handphone buruk, hutang sana sini sebab nak bagi aku handphone. kalau aku nak buku rujukan, ayah aku sanggup tak makan kat office sebab nak simpan duit. susah kan hidup aku ? aku akui benda itu.

weekend yang lepas, aku and family balik kampung. kampung aku dekat-dekat dengan baling. yang tak tahu itu silalah buat-buat tahu. sebab nak balik ialah ibu and ayah buat kenduri. ibu dengan ayah nak pergi umrah. kampung yang aku pergi ni agak pedalaman. teknologi tidak begitu penting dan tak sehebat di Kuala Lumpur. bayangkan nak install google chrome pon tak reti. kat sana pon rata-rata hidup susah. aku tak berniat nak mengata tapi aku nak bagi pengajaran sikit kat korang. walaupun aku hidup susah, tapi hidup aku tak sesusah orang kampung. dorang punya hasil pendapatan ialah dari menoreh getah. kalau musim hujan tak boleh nak menoreh and nanti tak ada hasil pendapatan. ah, bagi budak-budak baru nak up kat kampung aku tu, majoritinya tidak berpendidikan tinggi. kalau nak sambung belajar pon tak ada yang amek course mencabar. yang lelaki sibuk usha awek-awek kampung nak beli barang kat kedai runcit Pak Alias. yang pompuan pulak sibuk ber texting dengan abam-abam mereka. and apa yang aku dapat observe, dorang ni kemana-mana pegang handphone. * nanti bila aku  pakai i phone aku nak buat macam tu la. *

so kesimpulannya, walaupun kita hidup susah, fikirkan tentang orang lain. mereka lagi susah. kalau setakat hari ni tak dapat nak makan Nando's tak usah la cakap keluarga ko tu susah. aku tempeleng kang.